Perak Hari Ini

Kemenangan BN Kuatkan Lagi Semangat Berkhidmat Kepada Rakyat

manjoi

“Keputusan mahkamah yang mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) sudah pastinya menguatkan lagi semangat dan iltizam saya untuk terus berkhidmat kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi,” demikian menurut Mohd Ziad Mohamed yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Bercakap kepada Peraktoday.com, beliau turut menzahirkan rasa syukur di atas keputusan berpihak kepada BN itu sambil berikrar akan bekerja dalam satu pasukan bersama Pengerusi BN Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Keputusan yang berpihak kepada BN ini merupakan pertolongan daripada Allah SWT bagi merungkai segala kekusutan yang melanda,” katanya sambil menyifatkan ia juga suratan takdir yang ditentukan oleh Ilahi.

Kelmarin, Mahkamah Pilihan Raya di Batu Gajah mengekalkan kemenangan BN bagi DUN Manjoi pada PRU-13 selepas menolak petisyen yang difailkan oleh dua pengundi berikutan pempetisyen gagal mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Atas alasan tersebut, mahkamah membuat keputusan menolak dengan kos petisyen berkenaan.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian selepas mendapati petisyen-petisyen yang difailkan pada 11 Jun lalu gagal mematuhi peruntukan Kaedah 9 dan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Abang Iskandar turut memerintahkan pempetisyen, Ahmad membayar kos berjumlah RM40,000 kepada Adun Manjoi, Mohamad Ziad, Mohd Zainal Abidin (responden pertama); Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tambun, Zaiteena Wan Nasir (responden kedua) sebanyak RM35,000 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga sebanyak RM30,000.

Pada PRU-13, Mohamad Ziad (BN) menang Dun Manjoi dengan majoriti 132 undi kalahkan calon Pas, Asmuni Awi

Mengulas lanjut, wakil rakyat DUN Manjoi itu berkata:

“Pelbagai program dan perancangan jangka masa pendek dan panjang sedang dirangka khusus buat rakyat di kawasan Manjoi.

“Buat masa ini, saya ingin memberi fokus kepada usaha menaiktaraf infrastruktur awam seperti pasar malam,”.

Sempena bulan Ramadhan, banyak program bersama rakyat turut dianjurkan antaranya mengedar bubur lambuk dan solat Tarawih, jelasnya lagi.

“Saya berharap rakyat dapat memberi sokongan padu dalam apa sahaja program dan projek yang bakal saya usahakan bersama Ahli Parlimen Tambun nanti,” kata Ziad lagi apabila ditanya mengenai harapannya.

Sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi serta kerjasama baik daripada semua pihak juga katanya, dapat mendorongnya untuk bekerja dengan lebih kuat agar pembangunan dan kemajuan pesat dapat mengambil tempat di DUN Manjoi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");