Perak Hari Ini

Kemudahan Gelanggang Futsal Akan Diperbanyakkan

Futsal Inter-Media Perak 2

Kerajaan Perak akan memperbanyakkan lagi pembinaan gelanggang futsal di negeri itu pada masa akan datang, kata Exco Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

“Memang menjadi hasrat pihak kerajaan negeri untuk memperbanyakkan lagi pembinaan gelanggang futsal kerana sukan ini cukup popular di kalangan belia.

“Namun, penyediaan kemudahan ini bergantung kepada peruntukan yang diterima,” tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Yong Cho Kiong (DAP–Tronoh) pada hari kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Mengulas mengenai projek membina padang bola di kawasan Batu Gajah yang tergendala yang dibangkitkan oleh wakil sama, Shahrul Zaman (BN-Rungkup) berkata, pihaknya dimaklumkan projek itu memakan kos berjumlah RM57,000.

“Tapak cadangan untuk padang bola ini merupakan tapak berbatu-batu dan kos yang sangat tinggi diperlukan untuk mengeluarkan batu-batu tersebut dan proses menambak dan meratakan semula kawasan terbabit.

“Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan ditangguhkan hingga pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) memperolehi peruntukan.

“Namun begitu, pihak berkenaan telah mengenalpasti tapak untuk membina gelanggang futsal yang berkeluasan 300X400 kaki di kawasan berhampiran,” kata Shahrul Zaman lagi.

Sementara itu, MSN juga menurutnya, akan memohon peruntukan daripada agensi yang berkenaan dan sekiranya diluluskan, projek itu akan dilaksanakan dengan segera.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");