Perak Hari Ini

Kerajaan Bayar RM988,000 Untuk Tuntutan Bantuan Kematian

rusnahKerajaan negeri membayar tuntutan berjumlah RM988,000 di bawah Bantuan Kematian yang juga dikenali sebagai Program Perlindungan Takaful Tabarru.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional negeri (BN-Behrang), Datuk Rusnah Kassim,   berkata program itu diberikan kepada waris peserta yang berdaftar.

“Golongan peserta program bukan sahaja di kalangan warga tua yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi juga  Orang Kurang Upaya (OKU) yang akan diberi bantuan berjumlah RM1,000 seorang,” katanya.

Beliau berkata, tujuan program ini adalah untuk membantu waris dalam urusan seperti pengurusan jenazah, pengembumian dan sebagainya.

“Program ini bermula pada tahun 2010 lagi dan sehingga kini, sebanyak 71,581 peserta telah berdaftar dalam program ini.

“Semua bayaran tuntutan kematian telah diselesaikan  kepada waris dengan yang  RM988,000 iaitu 558 kes  kematian,” jelas Rusnah lagi.

Beliau menegaskan, bahawa kerajaan negeri tidak membenarkan mana-mana pihak atau individu untuk mengedarkan borang pendaftaran bantuan ini.

Semua urusan pendaftaran dan pengedaran borang bantuan dilaksanakan oleh Unit Perancangan Ekonomi  Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Penghulu atau Pusat-Pusat Khidmat ADUN di setiap kawasan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan A Sivasubramaniam (DAP-Buntong) pada hari kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Beliau menambah lagi, pada mulanya program ini hanya untuk warga emas yang berumur antara  60 hingga 75 tahun dan  terbuka kepada semua rakyat negeri Perak yang berada dalam lingkungan umur tersebut.

“Tetapi sekarang ini, ianya dibuka kepada semua penduduk Perak yang berumur 60 tahun keatas dan  tiada lagi sekatan had umur seperti syarat terdahulu,” ujarnya lagi

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");