Perak Hari Ini

Kerajaan Tiada Masalah Lantik Bekas Qari Jadi Imam

ZAMBRY

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan pihak kerajaan boleh melantik bekas qari sebagai tenaga pengajar sepenuh masa di pusat pendidikan Islam di Perak.

“Saya difahamkan terdapat bekas qari yang memenangi pertandingan di peringkat negeri dan kebangsaan menjadi guru taranum di Institut Tadbiran Islam Malayia cawangan Perak (INTIM).

“Pada dasarnya, ia tidak mendatangkan sebarang masalah malah ia dapat membantu meningkatkan kefahaman cara bacaan yang betul,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdullah Fauzi Ahmad Razali (BN-Kampung Gajah) pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Sementara itu, Zambry turut memberitahu, kerajaan negeri juga tidak mempunyai masalah menyerap qari tersebut sebagai imam masjid jika menepati kriteria yang dikehendaki.

“Mereka perlu memenuhi syarat tertentu contohnya, jika mereka berada di gred 27, maka kelulusan minima ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Empat Senawi,” jelasnya dalam menjawab soalan tambahan Radzi Zainon (PAS-Sungai Rapat).

Tambah Zambry, beliau akan mengambil perhatian berhubung soalan tambahan yang dikemukakan Radzi yang meminta bekas qari tersebut dilantik sebagai imam di Masjid Kampung Rapat Jaya.

“Kita akan mengambil perhatian berkaitan perkara itu kerana bilangan imam yang mempunyai bacaan baik dari segi taranumnya seperti bekas qari di peringkat negeri mahupun kebangsaan tidak ramai.

“Namun, apa lebih yang penting, mereka dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan baik dan juga perlu diperakui oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti negeri,” tegas Zambry lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");