Jenayah

Kereta terbakar angkara khianat

kereta terbakar

KUALA LUMPUR – Dua beranak berputih mata apabila dua kereta milik mereka yang diletakkan di bawah blok kediaman mereka di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, di sini, musnah terbakar dipercayai angkara khianat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi semalam, jurujual kereta terpakai, M Thinesh, 23, berkata, ketika itu dia dan ibunya berada di rumah sebelum dimaklumkan oleh abang saudaranya bahawa kereta jenis Satria Neo miliknya terbakar.

Menurutnya, dia dan ahli keluarganya turun ke bawah flat untuk melihat keadaan yang berlaku, namun terkejut apabila mendapati kereta milik ibunya, S Puganeswary, 44, jenis Perodua Viva turut terbakar.

“Saya tidak tahu kenapa kereta kami menjadi sasaran kerana ini merupakan kes pertama kebakaran kenderaan di kawasan perumahan ini.

“Sebelum ini kerap berlaku kejadian pecah kereta malah saya sendiri pernah menjadi mangsa dan laporan polis telah dibuat,” katanya.

Sementara itu, Puganeswary berkata, dia amat sedih dengan kejadian yang menimpa mereka kerana membabitkan harta benda bernilai tinggi.

“Tak tahu nak cakap apa tapi saya memang terkilan dengan apa yang berlaku.

“Mungkin angkara budak-budak nakal, jadi saya harap pihak polis dapat menyiasat perkara ini agar ia tidak berulang dan orang lain pula menjadi mangsa,” katanya.

Difahamkan laporan turut dibuat oleh mangsa di Balai Polis Wangsa Maju.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");