Berita Hari Ini

‘Kikis persepsi kereta nasional tak bermutu’

tun dr mahathir mohamad

Kuala Lumpur: Persepsi bahawa Proton Holdings Bhd (PROTON) adalah pengeluar kenderaan bermutu rendah perlu dihapuskan kerana syarikat kereta nasional itu kini sudah bertapak selama 27 tahun dalam industri automotif.

Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pengeluar kereta tempatan itu menghasilkan kereta yang menepati piawaian antarabangsa dan harus dibanggakan.

Mampu milik

“Walaupun tidak semurah seperti yang dikehendaki iaitu RM25,000 untuk sebuah kereta,   ia mampu dimiliki terutama generasi muda yang lebih berminat dengan model hatchback berbanding sedan,” katanya pada majlis pelancaran model baru Proton, di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, beliau turut berbangga dengan pencapaian PROTON kerana mampu mengeluarkan dua jenis kenderaan tahun ini.
“PROTON sebelum ini melancarkan Saga SV dan hari ini (semalam) satu lagi model baru dilancarkan dengan spesifikasi lebih canggih dan ciri keselamatan lebih baik.

“Saya yakin kereta itu boleh dieksport ke negara maju kerana spesifikasinya menepati segala standard ditetapkan untuk pasaran di sana,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif PROTON Holdings, Tan Sri Mohd Kamil Jamil berkata PROTON mensasarkan penjualan Suprima S akan mencecah 750 unit setiap bulan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");