Membawang Hari Ini

Komen Rita Rudaini Selepas Diceraikan Aidil?

rita-rudaini-bercerai

Beberapa hari sahaja lagi menjelang 1 Syawal, akhirnya pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sah bercerai talak satu menerusi pesanan kiriman SMS.

Penceraian itu dikatakan berpunca dari kenyataan Rita Rudaini dalam sebuah ruangan hiburan akhbar.

Pada mulanya, berlaku perang SMS antara mereka, kemudian ianya berlarutan sehinggalah Aidil menghantar SMS menceraikan Rita Rudaini.

Bagaimanapun apa yang berlaku nampak seperti tidak membebankan Rita dan dia berkata terima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka.

“Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS.

“Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah,” ujar Rita Rudaini yang kini berada di Perlis untuk menyambut Aidilfitri.

-ammboi.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");