Sukan Hari Ini

Kredibiliti Rajagobal mula dipersoal

rajagopal

SENTUHAN magis pengendali bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal kian malap sejak namanya ‘meletup’ atas kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kali.

Namun, kejayaan berterusan seperti diharapkan peminat hanya tinggal kenangan kerana skuad Harimau Malaya dalam situasi terdesak selepas mencatat beberapa siri kekalahan pada aksi persahabatan sepanjang tahun ini.

Berdasarkan statistik permainan, pemain negara hanya menang dua kali dalam 12 aksi persahabatan yang diaturkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Memetik kata-kata Rajagobal yang gemar melakukan eksperimen nyata mengundang padah apabila tiada bayangan barisan kesebelasan utama seperti yang difikirkan beliau.

Kerap menukar pemain dan mencuba pemain baru serta mengetepikan otai lama mula dicemuh pencinta bola sepak negara apabila ranking bola sepak sepak dunia pasukan Malaysia langsung tidak menunjukkan draf peningkatan.

Mana tidaknya, perlawanan menentang pasukan berstatus kelab sememangnya tidak membantu melonjakkan ranking negara yang kini menghuni kedudukan 159 dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Terbaru, misi tinggi Rajagobal yang cukup berkeyakinan mampu layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2015 mungkin sekadar berputih mata andai persembahan disajikan pemain kebangsaan kekal di takuk lama.

Difahamkan, FAM akan membincangkan status Rajagobal selaku ketua jurulatih kebangsaan hari ini apabila Jawatankuasa Tetap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersidang.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin, mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa antara lain akan turut membincangkan kedudukan pengendali berkenaan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Kini, timbul tanda tanya, siapakah calon sesuai menggantikan peranan Rajagobal walaupun bekas jurulatih Kelantan dan Selangor itu menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA Laos serta mengakhiri penantian mara ke pusingan kedua Sukan Asia 2010 selepas kali terakhir melakukannya 35 tahun lalu.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");