Jenayah

Lagi kemalangan maut di Jalan Sri Aman-Sarikei

MAUT_LAGI

KUCHING 3 Ogos – Dua terbunuh dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Km  57 Jalan Sri Aman-Sarikei dekat Pais, Skrang, di sini awal hari ini.

Menurut sumber polis dalam kejadian 6.40 pagi itu, lelaki dan wanita yang  terbunuh terbabit menaiki kereta jenis Proton Iswara bersama dua lagi.

Kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva,  kata sumber dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu.

Bernama difahamkan semua mangsa belum dikenal pasti termasuk pemandu  Perodua Viva yang dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ini adalah kemalangan maut kedua di jalan itu dalam tempoh tiga hari. Khamis  lepas empat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terbunuh selepas  kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori balak.

Kemalangan itu turut menyebabkan dua lagi pegawai Jakim cedera parah. –  BERNAMA

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");