Jenayah

Lelaki bawa lari motosikal pandu uji

jenayah

SEGAMAT – Seorang lelaki berpura-pura menggunakan taktik pandu uji motosikal baru di sebuah kedai motosikal di Buloh Kasap, dekat sini, sebelum bertindak melarikannya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai motosikal terbabit pada Selasa lalu.

Menurutnya, pemilik kedai memberitahu suspek berumur dalam lingkungan 40an itu datang ke kedainya dan bertanyakan kepada jurujual mengenai motosikal yang dijual.

“Suspek kemudian berminat dengan sebuah motosikal Yamaha RXZ yang dianggarkan bernilai RM6,000 di kedai tersebut dan memberitahu mahu membeli motosikal itu sempena ulang tahun kelahiran anaknya.

“Suspek bagaimanapun meminta untuk memandu uji motosikal tersebut terlebih dahulu,” katanya.

Mohd Kamil berkata, jurujual itu mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila suspek menghilangkan diri dan tidak kembali semula ke kedai bersama motosikal berkenaan.

“Kelmarin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat ada menerima panggilan dari IPD Kuantan, Pahang yang memaklumkan bahawa sebuah pemilik kedai menjual motosikal di sana menerima nasib yang sama.

“Suspek juga menggunakan modus operandi yang sama iaitu memandu uji motosikal tersebut sebelum bertindak melarikannya,” katanya.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek ke kedai berkenaan menggunakan motosikal yang dicuri dari kedai di Buloh Kasap,” katanya.

Beliau berkata, suspek turut membawa seorang lelaki yang dipercayai mahu menjadi penjaminnya dan hasil siasatan mendapati, rakan suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan kini direman bagi membantu siasatan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");