Sukan Hari Ini

Liga Super: Jurulatih Baharu JDT Sedia Bantu Capai Objektif

BARUU JDT

Cesar Ferrando Jimenez (kanan) dan penyerang Braulio Nobrega Rodriquez. Foto: LIM CHENG KIAT/The Star:-

Jurulatih baharu pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez berkata beliau memerlukan kerjasama semua pemain dan pegawai untuk membawa pasukan itu ke tahap yang baharu pada sainganLiga Super musim depan.

Bekas jurulatih kelab Valencia dan Atletico Madrid di Sepanyol berkata, beliau sendiri tidak boleh mengubah nasib pasukan bintang Harimau Selatan itu tanpa kerjasama semua pihak.

“Semua pihak mempunyai peranan bagi memastikan pasukan itu mencapai kejayaandan saya sedia membantu pemain mencapai objektif yang ditetapkan,” katanyakepada pemberita menerusi seorang juru bahasa pada Rabu.

Sebelum itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memperkenalkanJimenez dan penyerang terbaru, Braulio Nobrega Rodriguez kepada media pada satumajlis di Stadium Larkin di sini hari ini.

Ditanya mengenai Liga Super, jurulatih warga Sepanyol itu berkata walaupunbeliau menyukai banyak perkara mengenai Liga Malaysia namun beliau turut melihatbeberapa perkara yang diperlukan untuk perubahan.

Bagaimanapun, katanya Liga Malaysia merupakan sebuah liga yang sangat kompetitif.

Dalam pada itu, Rodriquez, bekas pemain beberapa kelab La Liga Sepanyol termasuk Atletico Madrid, Real Zaragoza, Getafe dan Hercules CF, akan mengetuai jentera serangan bersama pemain Argentina, Pablo Aimar.

Menurut Tunku Mahkota Johor, Aimar, yang kini mewakili kelab utama Portugal, Benifica, akan tiba di sini secepat mungkin.

“Beliau (Aimar) kini menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan tiba di diJohor dalam sedikit masa lagi,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penglibatan sulungnya dalam bolasepak Asia, Rodriguez berkata beliau tidak sabar untuk memulakan musim baharuLiga Super bersama pasukan JDT.

“Saya tidak sabar untuk berlatih dengan pasukan. Saya mendengar banyak cerita hebat tentang JDT dari Daniel Guiza (bekas penyerang JDT, yang juga berasal dari Sepanyol),” kata pemain berusia 27 tahun itu.-

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");