Kolumnis

Lim Kit Siang Tuduh Akhbar NST Menipu Untuk Hancur Musnahkan DAP

mole-Lim-Guan-Eng-Lim-Kit-Siang-DAP

Walaupun sudah terang lagi bersuluh, DAP terpaksa melakukan pemilihan CEC yang baru kerana ROS mengesan penipuan yang dilakukan oleh Lim anak beranak untuk kekal berkuasa dalam parti tersebut, namun Penasihat Seumur Hidup DAP yang juga merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 tetap juga cuba menegakkan benang basah.

Bagaikan melepaskan kemarahan kerana penipuan yang cuba dilakukan berjaya dikesan oleh ROS hasil bantuan daripada ahli-ahli DAP sendiri, Lim Kit Siang segera menuduh akhbar NST yang menjadikan pemilihan semula CEC sebagai menipu dan menfitnah parti tersebut.

Dua alasan diberikan oleh Lim Kit Siang untuk mewajarkan tuduhannya terhadap NST dan mengecam ROS kerana memaksa DAP melakukan pemilihan CEC semula.

(a)    DAP ada hak ke atas 753 perwakilan yang tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pemilihan CEC Disember lepas kerana mereka tidak hadir kongres parti itu di Pulau Pinang. Sekaligus menafikan hak mereka untuk mengundi.

(b)   ROS tidak dapat membuktikan yang DAP ‘tidak membenarkan 753 perwakilan tersebut’ daripada hadir ke kongres.

Kata Kit Siang lagi, tiada sebarang asas sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar terseut bahawa ROS telah menghantar surat pada 17 April 2013 yang menyebut tentang ‘753 ahli DAP mendakwa mereka telah dinafikan hak untuk hadir ke kongres sebagai perwakilan’.

Alasannya ialah, tiada sebarang penafian terhadap hak perwakilan untuk menghadiri kongres memandangkan kesemua delegasi telah diberikan notis yang diperlukan di bawah perlembagaan parti dan 753 perwakilan yang mengadu kepada ROS itu merupakan fiksyen atau rekaan semata-mata.

Paling menarik ialah apabila Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP tidak menerima walau satu komplen pun daripada mana-mana perwakilan yang hak mereka menghadiri kongres telah dinafikan. Kononnya itulah yang diminta bukti dari ROS tentang perincian pengadu dan aduan yang telah dibuat namun gagal diberikan oleh ROS.

Taktik dan alasan yang digunakan oleh Kit Siang itu benar-benar menterjemahkan DAP sebagai sebuah parti yang dipenuhi pelbagai alasan demi menyalahkan orang atau pihak lain sedangkan pada masa yang sama, menggambarkan DAP adalah pihak yang tidak bersalah dan sentiasa dianiayai.

Kalaulah benar sebagaimana yang didakwa oleh Lim Kit Siang, mengapa pula DAP terutama sekali Lim Guan Eng enggan menyeret ROS ke mahkamah dan mempertikaikan tindakan ROS dengan menerusi sistem perundangan? Bukankah selalunya kaedah mahkamah menjadi pilihan utama DAP untuk membela diri dan mengelak daripada dikenakan sebarang persepsi negatif?

Sebaliknya, DAP memilih untuk mengadakan pemilihan semula CEC dan hanya mempertikaikan ‘kewujudan’ 753 perwakilan yang tidak dibenarkan hadir sebelum ini menerusi media.

Taktik menyalahkan ROS dan cuba membuat penafian kononnya tidak ada sebarang halangan buat ahli-ahli DAP menghadiri kongres telah dipatahkan oleh ahli-ahli DAP sendiri. Lim Guan Eng dan konco-konco kuasanya sebelum ini cuba menutup penyelewengan berkenaan dengan mengambil tindakan menggantung keahlian setelah perkara sebenar didedahkan oleh mereka. Tindakan tersebut tidak mampu melindungi apa sebenarnya motif dan tujuan Lim Guan Eng. Apatah lagi, timbul pula cerita tentang kegagalan DAP untuk membuktikan bahawa parti tersebut benar-benar parti majmuk, bukan setakat hanya ahli yang majmuk tetapi kepimpinan juga bukannya bertiang serikan Cina.

Laporan daripada 753 ahli DAP kepada ROS itulah yang membuatkan Lim Guan Eng berang. Salah seorang daripada mereka, termasuklah ‘bintang baru’ Janice Lee, bekas ADUN Teratai yang mempunyai persengketaan peribadi dengan Teresa Kok.

Kini, walaupun DAP terpaksa akur bahawa taktik kotor Lim Guan Eng dan bapanya untuk mengekalkan kuasa dalam parti yang ditubuhkan oleh Devan Nair bersama-sama seorang pendatang dari Cina, Chen Man Hin pada Oktober 1965, gagal, Lim Kit Siang masih terus menyalahkan ROS kerana berjaya mencungkil keluar nanah dan duri yang digunakan oleh Lim anak beranak.

Tak tahulah sama ada kerana malu atau kerana ego besar mereka tercalar, yang pasti, pemilihan semula CEC akan atau lebih tepat lagi, terpaksa diadakan untuk memastikan DAP terus berada dalam arus politik Malaysia. Cubaan menyalahkan ROS tidak mungkin dapat menutup niat sebenar Lim anak beranak yang sangat takut kehilangan kuasa dan sokongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");