Berita Hari Ini

Logo halal di pasar raya perlu dipantau

LOGO HALAL

PUCHONG – Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meningkatkan pemantauan logo halal pada produk yang dijual di pasar raya.

Presiden LPKPM Prof Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya berkata ini kerana tinjauan persatuan itu di beberapa pasar raya baru-baru ini mendapati ada produk makanan yang menyalahgunakan logo halal.

“Logo yang diletakkan pada produk makanan tidak mempunyai nombor kelulusan oleh pihak Jakim yang biasanya ada seperti yang disyaratkan.

“Saya juga tengok mi bak kut teh ada logo halal. Kita tak faham macam mana makanan ini ada logo halal Jakim,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya LPKPM juga mendapati ada pasar raya tidak melaksanakan sistem mengasingkan produk halal dan tidak halal.

“Hal ini boleh mendatangkan masalah yang serius kepada pengguna Islam. Ini kerana kebanyakan pengguna tidak mempunyai masa untuk memeriksa kandungan dan kesahihan makanan yang dijual,” katanya.

Selain itu katanya LPKPM juga menemui produk luput tarikh hayat pada rak barangan yang dijual.

“Kami menjumpai beberapa kek pisang yang telah tamat tempoh dan berkulat. Bukan sedikit tapi banyak kek pisang yang berkulat diletakkan di rak makanan,” katanya.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");