Berita Hari Ini

Malaysia-Indonesia atasi kempen anti-minyak sawit

Datuk Seri Douglas Uggah Embas

KUALA LUMPUR – Indonesia dan Malaysia, dua pengeluar utama minyak sawit dunia, akan menganjurkan seminar bersama tentang manfaat kesihatan dan pemakanan minyak sawit tahun depan untuk menangani kempen anti-minyak sawit.

Pegawai kerajaan daripada kedua-dua buah negara mengadakan mesyuarat kerjasama bilateral di sini hari ini mengenai komoditi termasuk kelapa sawit, koko, lada hitam dan pokok jarak.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Menteri Industri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas dan delegasi Indonesia diketuai Menteri Pertanian Dr H. Suswono.

“Terdapat halangan yang sentiasa berubah bagi pengeksport minyak sawit terutamanya ke Eropah sekarang,” kata Unggah pada satu sidang media di sini selepas mesyuarat itu.

Ini termasuk usul untuk meningkatkan cukai domestik ke atas minyak sawit di Perancis dan label ‘tanpa minyak sawit’ pada produk makanan.

Isu terbaru ialah draf cadangan yang dikemukakan kepada Parlimen Kesatuan Eropah (EU) Parlimen untuk mengharamkan import minyak sawit daripada negara yang hutannya diterangkan sebagai sumber biodiesel.

Cadangan itu sedang ditimbangkan oleh China untuk mengharamkan penggunaan minyak sawit dalam pengeluaran formula bayi atas dasar kesihatan.

Sementara itu, kedua-dua negara bersetuju mempercepatkan program biodiesel untuk meningkatkan penggunaan domestik minyak sawit dan mencadangkan langkah untuk menangani harga minyak sawit yang rendah.

Harga mungkin akan bergerak di antara paras RM2,395 dan RM2,438 pada setengah kedua tahun ini atas permintaan berterusan dari China.

Dalam perkembangan lain, Malaysia akan menyokong cadangan Indonesia untuk memasukkan minyak sawit dalam senarai barangan mesra alam di bawah Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, sementara Indosnesia menyokong Malaysia untuk memasukkan biodiesel ke dalam senarai ini.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");