Berita Hari Ini

‘MAS perlu diswastakan’

mas diswastakan

Langkah mampu bawa keuntungan: Dr Mahathir

Seri Kembangan: Penerbangan Malaysia (MAS) perlu diswastakan bagi membolehkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu mencatatkan keuntungan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Bekas Perdana Menteri berkata jika MAS diswastakan, pengurusannya akan berusaha memastikan syarikat mencatat keuntungan dengan setiap sen dibelanjakan dihitung, berbanding pengurusan yang setakat bertugas untuk mengisi kekosongan jawatan.
Pengalaman saya dengan PROTON, pemilik baru yang mengambil alih syarikat itu daripada pengurusan yang bekerja untuk kerajaan, amat menitikberatkan aspek keuntungan. Kalau syarikat itu terus menggunakan duit kerajaan, tiada siapa yang peduli,” Tun Dr Mahathir Mohamad

Katanya, kerajaan sudah banyak kali melantik pengurusan tetapi GLC itu tidak mencatatkan keuntungan, berikutan kekurangan kesungguhan memajukan syarikat dan berdaya saing dengan syarikat lain.

Penswastaan berkesan

“Sudah sekian lama MAS beroperasi dan bermacam percubaan dibuat supaya syarikat itu mencatatkan keuntungan tinggi. Saya percaya kepada penswastaan dan saya harap kerajaan bersedia mendengar jika ada tawaran daripada mana-mana pihak (untuk mengambil alih MAS),” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di kediamannya di The Mines, di sini, semalam.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Majlis itu dihadiri kira-kira 8,000 orang.

Ditanya sama ada beliau mencadangkan MAS diswastakan kepada syarikat asing, Dr Mahathir berkata, beliau yakin rakyat tempatan mempunyai kemampuan berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai mana-mana pihak yang pada fikirannya mampu berbuat demikian.

“Pengalaman saya dengan PROTON, pemilik baru yang mengambil alih syarikat itu daripada pengurusan yang bekerja untuk kerajaan, amat menitikberatkan aspek keuntungan. Kalau syarikat itu terus menggunakan duit kerajaan, tiada siapa yang peduli,” katanya.

Catat pemulihan

Pada akhir Mei lalu, MAS yang mengumumkan prestasi kewangan syarikat bagi tempoh suku pertama berakhir 31 Mac lalu, mencatatkan pemulihan perniagaan berikutan kemampuannya mengurangkan kerugian operasinya yang susut 46 peratus kepada RM165 juta pada suku pertama tahun ini.

Ia berbanding kerugian operasi RM307 juta dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Prestasi lebih baik itu disokong beberapa faktor seperti peningkatan jumlah penumpang sebanyak 17 peratus, lonjakan 14 peratus dalam pendapatan dan kapasiti penumpang lebih tinggi 76.6 peratus.

Ketua Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, dilaporkan berkata, syarikat itu masih perlu menyelaras kos kepada pendapatan, meningkatkan produktiviti dan kecekapan selain berusaha meningkatkan hasil.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");