Sukan Hari Ini

Nicol raih emas ketiga Sukan Dunia

NICOL

CALI, Columbia: Datuk Nicol David meraih pingat emas Sukan Dunia kali ketiga berturut-turut di sini selepas menewaskan lawannya dari Belanda, Natalie Grinham 11-6, 11-9, 11-8 pada perlawanan akhir skuasy pagi ini.

Kategori lelaki pula menyaksikan pemain Perancis, Gregory Gaultier muncul juara selepas mengatasi pemain Jerman, Simon Rosner 9-11, 11-7, 11-5, 11-4.

Saingan gangsa wanita pula menyaksikan seorang lagi pemain negara, Low Wee Wern terlepas pingat apabila tewas kepada pilihan keempat dari Perancis, Camille Serme 11-8, 11-4, 11-4.

– AGENSI

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");