Jenayah

Nombor plat motosikal tema raya

plat moto

KUALA TERENGGANU – Sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan alasan buat golongan muda di negeri ini untuk mengubahsuai plat kenderaan mereka bertemakan musim perayaan, sehingga melanggar undang-undang jalan raya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu, Abdul RahmanEmang Anyie berkata, trend baru itu dikesan dalam Ops Khas Motosikal sempena Aidilfitri yang dijalankan pada hari raya kedua dan ketiga di Jalan Sungai Tong.

“Terdapat tiga kes di mana dua melibatkan plat motosikal dan satu kes melibatkan kereta. Kes ini melibatkan nombor plat kenderaan yang didaftarkan di Terengganu dan terdapat juga yang didaftarkan di negeri lain.

“Ini adalah kes unik yang pertama ditemui sepanjang pihak JPJ menjalankan operasi jalan raya pada musim perayaan,” katanya dalam sidang media selepas Ops Khas Motosikal di Jalan Sultan Muhammad, disini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, tindakan pemilik kenderaan mengubahsuai nombor plat kenderaan mereka boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini kerana nombor plat berkenaan tidak mematuhi syarat dari segi saiz dan jarak.

“Walaupun pemilik kenderaan masih mempamerkan nombor pendaftaran di motosikal dan kereta milik mereka, sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian, ia menyukarkan pihak berkuasa mengesan nombor plat itu dari jarak jauh kerana saiznya telah dikecilkan.

“Kita harap pemilik kenderaan terutama golongan muda dapat mengambil berat mengenai perkara ini, walaupun kita berada pada musim perayaan, ia bukan alasan untuk mengubahsuai no plat kenderaan sehingga melanggar syarat yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, statistik kesalahan lalu lintas JPJ Terengganu bagi Ops Perayaan Aidilfitri 2013 yang dijalankan bermula 1 hingga 16 Ogos lalu mengesan 1,541 kes di bawah 10 kesalahan utama.

Antara kesalahan utama yang dikesan ialah tidak memakai topi keledar (271 kes), cermin gelap (171 kes) dan tidak mematuhi isyarat lalu lintas (155 kes), tiada perlindungan insurans (131 kes), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (125 kes) dan tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) (113 kes).

Selain itu, terdapat pengguna gagal patuhi notis temu siasat (89 kes),  gagal pamer nombor pendaftaran (88 kes), memotong garisan berkembar (60 kes), tidak memakai tali pinggang keledar hadapan (26 kes) dan lain-lain kesalahan (132 kes).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");