Jenayah

Palsukan kad bantuan UPD

palsu

KANGAR – Seorang lelaki berusia awal 20-an ditahan polis selepas didapati memalsukan kad bantuan Unit Pentadbiran Daerah (UPD) Negeri Perlis di majlis penyampaian sumbangan Ramadan Dun Sena di Masjid Putra dekat sini, semalam.

Setiausaha Politik Menteri Besar (MB) Perlis Senator, Mohd Khalid Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi semalam apabila Menteri Besar, Azlan Man selesai menyerahkan wang sumbangan kepada sebahagian daripada 1,578 penerima yang layak.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di pintu utama masjid, beliau bersama MB melihat sekumpulan orang ramai sedang kecoh di hadapan kaunter pendaftaran penerima bantuan.

“Tiba-tiba saya nampak seorang remaja meluru keluar dari kaunter tersebut dan terus melarikan diri ke arah jalan raya di hadapan masjid sebelum dikejar oleh seorang kakitangan (UPD) dan dibantu oleh anggota polis dan Rela yang bertugas.

“Selepas kira-kira 100 meter, remaja tersebut berjaya diberkas dan dibawa berdepan MB,” katanya kepada Sinar Harian.

MB yang dimaklumkan kejadian menipu itu kemudiannya menyerahkan kepada pegawai UPD negeri untuk tindakan lanjut.

Pengarah UPD Perlis Wan Ahmad Fazli Wan Kamis ketika dihubungi berkata, pihaknya terpaksa membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis atas alasan tertentu dan enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");