Isu Panas

Pas setuju kerajaan bendung fahaman Syiah

dato_mahfuz

Pas menyokong tindakan kerajaan membendung penularan fahaman Syiah di negara ini.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, bagaimanapun, mekanisme dilaksanakan kerajaan tidak sesuai kerana dibimbangi bukan dapat membendung, sebaliknya menambahkan lagi ahli ajaran tersebut.

“Saya setuju usaha kerajaan bendung ajaran Syiah, tapi saya tidak setuju kaedah-kaedah pendekatan yang dilakukan ini sebenarnya memberikan publisiti kepada penganut Syiah itu sendiri.

“Kaedah paling berkesan dalam usaha membendung fahaman ini adalah dengan memanggil golongan ini berdialog menyatakan pendapat supaya ia lebih jelas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, semalam.

Katanya, pendekatan itu sekurang-kurangnya mengelakkan masyarakat daripada terus menerokai ajaran Syiah yang dibimbangi akan mengelirukan mereka.

“Sekarang Generasi Y yang tidak akan menerima bulat-bulat apa yang kita beritahu sesuatu perkara, sebaliknya mereka ini akan berusaha mencari apa itu Syiah. Ini akan bahayakan masa depan negara.

“Ini yang saya katakan publisiti kepada Syiah. Jadi saya sarankan pihak yang memberikan pendapat lebih berhati-hati,” ujarnya.

Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, menyarankan kepada kerajaan supaya jangan hanya bercerita mengenai keburukan Syiah, sebaliknya perkasakan ilmu agama supaya umat tidak terjebak dalam ajaran tersebut.

“Syiah ini bukan isu parti politik, tapi melibatkan akidah seseorang, jadi saya nasihatkan kepada kerajaan dan media jangan terlalu beri publisiti kepada ajaran ini,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");