Sukan Hari Ini

Pellegrini terkejut City kalah

PALLE

PENGURUS Manchester City, Manuel Pellegrini kurang senang susulan tewas mengejut pasukan kendaliannya di tangan kelab Cardiff City, Ahad lalu.

Selepas segar membelasah Newcastle United 4-0, pemain City gagal menyerap asakan lawan hingga menyebabkan kekalahan tidak terduga ini.

“Saya fikir kami menentang satu pasukan yang pelik. Bayangkan, mereka meletakkan 10 pemain dalam kawasan sendiri dan sukar pemain saya meledak gol.

Mungkin kami tidak beraksi baik. Tapi, dua gol Cardiff menerusi set-piece sukar dipercayai,” katanya.

Pellegrini juga akui benteng pertahannya kurang kemas hingga mudah dikucar-kacirkan pasukan tuan rumah.

“Serangan balas Cardiff menarik. Dua jaringan menerusi sepakan penjuru memisahkan permainan,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");