Sukan Hari Ini

Pellegrini tidak pening pilih penyerang

pellegrini

PENGENDALI Manchester City, Manuel Pellegrini menegaskan beliau tidak sukar untuk membuat pilihan bagi meletakkan dua penyerang dalam kesebelasan utama, menentang Newcastle United, awal pagi Selasa ini.

Musim baru ini, The Citizen diperkuatkan dengan empat penyerang iaitu Edin Dzeko, Sergio Aguero, Alvaro Negredo dan Stevan Jovetic.

Biarpun begitu, Pellegrini masih tidak menyebut siapa di antara empat penyerang tersebut yang akan diturunkan dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.

“Saya tidak risau untuk menentukan siapa yang akan bermain esok, hujung minggu atau minggu hadapan.

“Kami memiliki empat penyerang penting dan itu yang diperlukan untuk City musim ini,” katanya.

Pengurus dari Chile itu menjelaskan beliau memiliki barisan pemain yang terbaik bukan hanya untuk EPL malah saingan di Liga Juara-Juara.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");