Jenayah

Pengusaha katering nyaris kena tembakan

jenayah

Kota Tinggi: Sepasang suami isteri berdepan situasi mencemaskan, apabila nyaris terkena tembakan dilepaskan individu tidak dikenali terhadap rumah mereka dekat Taman Daiman Jaya, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian  jam 9.40 pagi itu, pengusaha katering yang hanya mahu dikenali sebagai Jamuri bersama isterinya sedang berada di dapur rumah mereka apabila satu das tembakan yang dilepaskan, terkena pada jeriji pintu dapur kediaman itu.
Walaupun bernasib baik tidak terkena tembakan itu,  kejadian terbabit menyebabkan pasangan berkenaan kini trauma serta bimbangkan keselamatan diri dan keluarga mereka.

Peluru sesat

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata siasatan polis percaya mangsa bukan sasaran tembakan yang dilepaskan itu, sebaliknya peluru sesat yang terkena rumah berkenaan.

“Hasil siasatan, kami percaya penembak menggunakan pistol menggunakan peluru berukuran 9 milimeter. Seorang penduduk mendakwa sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kelabu tanpa nombor pendaftaran beredar dari lokasi kejadian dalam keadaan tergesa-gesa,” katanya.

Mohd Nor berkata, susulan kejadian itu, polis akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di 07- 883 7222 bagi membantu siasatan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");