Jenayah

Penternak lembu ditembak, dua jari kanan cedera

MANGSA CEDERA

SUNGAI PETANI – Seorang penternak lembu berusia 30 tahun cedera ringan apabila ditembak ketika memandu lori yang membawa muatan makanan lembu dalam kejadian dekat Sungai Division, Bukit Selambau, lebih kurang jam 5 petang semalam.

Mangsa menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dilaporkan stabil dan hanya cedera dua jari kanan.

Difahamkan, semasa sedang memandu lori berkenaan dari Padang Serai menghala ke Kampung Sentero, Sungai Division, dua suspek menunggang motosikal datang dari arah belakang sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah mangsa.

Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, tembakan mengenai dua jari mangsa menyebabkan lori terbabas ke longkang dan suspek melarikan diri.
Menurutnya, mangsa dikejarkan ke HSAH bagi mendapat rawatan lanjut.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk kes bunuh,” katanya.

Khalil berkata, polis masih mengumpul maklumat bagi meneruskan siasatan berhubung kejadian.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");