Perak Hari Ini

Perak Terus Komited Jayakan Program Kitar Semula

PERAKTODAY9

Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) yang bersidang hari ini dimaklumkan kerajaan sentiasa komited dalam menjayakan program kitar semula yang bertujuan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan), salah satu kaedah yang dipraktikkan ialah mengitar semula sisa-sisa bahan makanan untuk dijadikan sebagai baja kompos.

Menurutnya, projek perintis diperkenalkan di RTP Batu Putih yang melibatkan kira-kira 70 rumah dan kerajaan negeri turut membuka sebuah pusat kompos sisa makanan yang beroperasi di Daerah Kampar.

“Sehingga 2012, keseluruhan 260 buah rumah iaitu empat komuniti di kampung terbabit terlibat secara aktif dengan aktiviti kitar semula sisa-sisa makanan ini.

“Bahan-bahan seperti polistrin dan kaca jarang dikitar semula kerana terlalu sukar serta memakan kos yang tinggi berbanding dengan penghasilan keluaran yang sama daripada bahan mentah itu sendiri,” tambah Saarani lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Aznel Ibrahim (BN-Pengkalan Hulu) pada hari ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Menurutnya lagi, usaha-usaha yang menggalakkan kitar semula sentiasa diatur antaranya mewujudkan lebih banyak kawasan kitar semula serta menyediakan tong-tong kitar semula di kawasan tumpuan awam.

“Taklimat dan penerangan mengenai kaedah kitar semula di sekolah rendah dan menengah juga dianjurkan supaya pelajar mendapat pendedahan mengenai kepentingannya,” jelasnya lagi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");