Berita Hari Ini

Perkhidmatan Memperbaharui Lesen Memandu, Cukai Jalan Mungkin Terganggu Dari Semasa Ke Semasa – Pos Malaysia

malaysia-post-office malaysia-post-office

PETALING JAYA: Perkhidmatan memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan di pejabat pos seluruh negara mungkin terganggu dari semasa ke semasa, menurut Pos Malaysia.

Ia dijangka berterusan walaupun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menstabilkan sistem komputer mereka, selepas tiga minggu mengalami gangguan akibat penaiktarafan sistem elektronik yang digunakan.

“Pos Malaysia menjangkakan berlaku ganguan sekali sekala dan ia dijangka berterusan,” kata syarikat berkenaan dalam satu kiriman e-mel kepada The Star pada Jumaat.

Syarikat berkenaan turut memohon maaf kepad penggunan akibat kesulitan yang dialami, dan meminta pengguna bersabar dan memberi kerjsama.

Sebelum ini, The Star melaporkan JPJ sebagai berkata jabatan berkenaan memerlukan tempoh selama sebulan lagi bagi membolehkan urusan berkaitan lesen dan pengangkutan kembali seperti sediakala.

Pada 26 Julai lalu, JPJ menaik taraf sistem elektronik Sikap yang sudah berusia 20 tahun kepada sistem baru yang dikenali sebagai MySikap.

Penaiktarafan tidak mampu menampung jumlah pendaftaran yang bertambah, sekaligus memaksa JPJ membawa masuk ‘server’ yang baru yang berkeupayaan tinggi untuk menghadapi masalah yang timbul dikemudian hari.

Kesannya, rakyat Malaysia yang mahu memperbaharui lesen memandu mereka tidak dapat berbuat demikian, menyebabkan ramai yang membanjiri pejabat pos dan JPJ. Ada juga yang terpaksa menunggu selama beberapa jam dan hari semata-mata untuk memperbaharui lesen mereka.

Pos Malaysia berkata mereka telah bekerjasama dengan JPJ dalam membantu menaiktaraf sistem sedia ada sejak Oktober 2012.

“Persedian termasuk menaiktaraf sistem akses Pos Malaysia kepada JPJ melalui Rangkaian Perkhidmatan Awam (PSN) untuk memenuhi keperluan sistem baru JPJ tersebut,” katanya sambil menambah sistem sedia ada yang digunapakai merupakan sistem terkini.

Sejak 26 Julai lalu, sistem berkenaan telah dilancarkan, Pos Malaysia juga ditugaskan untuk memantau prestasi sistem berkenaan, termasuk rangkaian dan permohonan yang dikemukakan.

Lebih 700 pejabat pos dan pejabat pos bergerak menawarkan perkhidmatan memperbaharui lesen memandu dan cukai.

Sebelum 26 Julai, syarikat berkenaan memproses kira-kira 26,383 lesen untuk diperbaharui setiap hari.

Pos Malaysia berkata mereka telah bertemu dengan pegawai JPJ pada Khamis dan sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan segera bagi menyelesaikan masalah tersebut.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");