Perak Hari Ini

Permulaan Yang Baik: Devamany

sk devamany

Mesyuarat Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 yang bersidang hari ini berjalan lancar dan disifatkan sebagai satu permulaan yang baik, demikian kata Speakernya, Datuk SK Devamany.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah merasmikan persidangan itu yang dijadual berlangsung sehingga 30 Ogos ini.

Terdahulu, istiadat bermula pemeriksaan keselamatan yang terdiri anggota Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman yang diiringi oleh pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bercakap kepada pemberita selepas sidang dewan ditangguhkan pada jam 11.30 pagi, Devamany berkata buat pertama kali dalam tempoh lima tahun yang lalu, kesemua ahli dewan dapat bergambar bersama-sama dengan Pemangku Raja Perak.

“Bagi saya, ini merupakan satu permulaan yang baik untuk semua pihak.

“Saya berharap sesi perbahasan esok akan berjalan lancar demi kepentingan rakyat dan perkembangan negeri Perak khususnya,” jelasnya lagi.

Beliau turut memuji tatacara pemakaian semua ahli dewan, sekaligus memberi kemulian dan keharmonian dalam dewan berkenaan.

Sidang akan bersambung esok jam 10 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");