Jenayah

Polis Tahan Dua Lelaki Berhubung Ahli Perniagaan Ditembak Mati

gari 1KOTA KINABALU: Dua lelaki yang dipercayai mempunyai maklumat penting berhubung kes tembak ahli perniagaan, Tiong Choon Kwong telah ditahan.

Lelaki tersebut, kedua-duanya dalam usia 30-an ditahan oleh pihak polis pada Rabu, dan akan disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah yang membenarkan penahanan suspek selama lebih daripada 24 jam untuk membolehkan polis menyelesaikan siasatan mereka.

Seorang daripada mereka adalah dari Sabah, manakala seorang lagi dari Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mereka akan ditahan selama seminggu untuk memudahkan siasatan polis mengenai kejadian tembak yang berlaku di luar sebuah kedai kopi di Beverly Hills dekat sini kira-kira pukul 10.30 malam pada 3 Ogos.

“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mereka boleh membantu kita dalam siasatan ini,” kata beliau semasa menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Sabah Supt Ismadi Borhan, Jumaat.

Hamza tidak mendedahkan motif tembakan yang dipercayai berkaitan persaingan perniagaan.

Tiong telah beralih arah ke dalam perniagaan pembangunan hartanah resort.

Tiong 44 tahun telah ditembak pada jarak dekat oleh lelaki bersenjata yang disyaki diupah ketika sedang bercakap telefon di kawasan tempat letak kereta di luar sebuah kedai kopi.

Para saksi berkata mereka melihat sekurang-kurangnya tiga orang di dalam kenderaan, sama ada Kancil Perodua Viva dipercayai arah tembakan dilepaskan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");