Berita Hari Ini

Pos Malaysia perluas logistik

POS MSIA

POS Malaysia Bhd berhasrat mengembangkan segmen logistik dan kuriernya yang menguntungkan dengan menggunakan pusat Pos Laju dan memanfaatkan sinergi daripada KL Airport Services (KLAS).

KLAS merupakan anak syarikat milik penuh DRB-Hicom dan Pos Malaysia yang mewujudkan aliran kerja yang efisien dalam perkhidmatan pengurusan logistik.

“Kumpulan juga memperkukuhkan segmen runcitnya, menjadikannya pusat penyelesaian setempat terutamanya dengan pertumbuhan dalam perniagaan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu),” demikian menurut Kenanga Research dalam satu kenyataan, semalam.

Bagi suku pertama 2014, syarikat perkhidmatan pos di Malaysia itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM43.7 juta yang dalam unjuran firma penyelidikan itu.

Mengenai prospek, ia berkata Pos Malaysia pada kedudukan dalam melaksanakan dan menyampaikan rancangan strategik lima tahunnya, asas yang cekap dan berkesan yang bakal menyediakan syarikat dengan kekuatan dan kestabilan untuk menyokong kepelbagaian perolehan seiring dengan amalan terbaik organisasi pos berjaya lain.

Sementara itu, HwangDBS Vickers Research yakin Pos Malaysia akan terus menarik lebih banyak sinergi daripada DRB-Hicom dan kumpulan syarikatnya yang boleh diterjemahkan kepada kemungkinan pendapatan yang lebih tinggi untuk syarikat itu.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");