Perak Hari Ini

Projek PPR Ambil Kira Faktor Tapak: Saarani

saarani

Kesesuaian tapak antara faktor utama yang diambil kira kerajaan negeri sebelum melaksanakan projek perumahan mampu milik di Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan), rancangan pembinaan perumahan kos rendah sememangnya memberi fokus kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Mengulas isu projek perumahan mampu milik Alor Pongsu, Saarani menjelaskan tapak yang dicadangkan itu kurang sesuai selepas Jabatan Perumahan Negara (JPN) melakukan tinjauan sebelum ini.

“Kawasan Alor Pongsu di Mukim Beriah yang berkeluasan kira-kira 4.48 hektar dikenalpasti untuk dibangunkan sebagai projek PPR di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9).

“Namun, faktor tanah yang berpaya, berbukit serta jauh dari kemudahan awam akan menjurus kepada peningkatan kos pembangunan yang tinggi sekiranya ia dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) pada hari kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Tambah Saarani lagi, ketika ini, kerajaan negeri sedang melaksanakan projek PPR di Parit Haji Wahab, Daerah Kerian yang melibatkan pembinaan 100 unit rumah mampu milik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");