Berita Hari Ini

Proton Suprima S bakal bawa ‘perubahan’

PROTON S

KUALA LUMPUR – Proton Suprima S yang baru dilancarkan bakal menjadi “pembawa perubahan” dalam menambah baik standard dan kualiti kereta pengeluar kereta nasional itu dan mengubah persepsi awam terhadap Proton, kata Hong Leong Investment Bank, hari ini.

Ia berkata pelancaran Suprima S akan meningkatkan penawaran produk Proton dan membantu mengembalikan semula keyakinan pasaran dan bahagian pasaran.

“Kami menjangka Suprima S mendapat sambutan positif daripada orang ramai, sama dengan pelancaran Saga SV sebelum ini pada pertengahan Jun, yang menerima lebih 20,000 tempahan,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota.

Variasi Proton baru itu berharga antara RM76,000 dan RM80,000 dan berjaya memperoleh penarafan lima bintang daripada Australasian New Car Assessment Programme dan dikatakan lebih baik daripada model hatchback kelas sama yang lain yang berada dalam pasaran Malaysia berharga di atas RM120,000.

Bank itu mengekalkan penarafan “beli” bagi DRB-Hicom dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.36.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");