Sukan Hari Ini

Pusingan ke-2 kelebihan kepada Sarawak

ROBERT

KUCHING – Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts yakin pusingan kedua Piala Malaysia akan memberi sedikit kelebihan kepada pasukannya.

Kini, Sarawak menduduki tempat kedua dalam Kumpulan D dengan empat mata. Alberts berkata dengan dua perlawanan di gelanggang sendiri, berbanding hanya satu pada pusingan pertama, beliau yakin Sarawak mampu menambah baik kedudukannya.

“Dalam tempoh lapan hari pada pusingan pertama, kami perlu guna empat hari untuk perjalanan serta bermain dalam tiga perlawanan dan ini amat berat untuk kami…tapi kini, keadaan nampaknya memberi kelebihan kepada kami kerana kami akan bermain dalam dua perlawanan di tempat sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) di sini malam tadi.

Mengenai perlawanan dengan Kedah di Stadium Negeri di Petra Jaya, esok, beliau berkata Sarawak sudah cukup bersedia untuk menghadapinya dan semangat pemainnya juga begitu tinggi.

“Pemain import Sarawak Guy Bwele, yang cedera dan tidak dapat bermain pada perlawanan menentang pasukan yang sama, Kedah, pada Selasa, kini kembali cergas dan pasti beraksi esok, tapi ketua pasukan Mohd Shahrol Saperi dijangka tidak dapat bermain kerana mengalami kecederaan lutut,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");