Berita Hari Ini

Rakyat perlu terjemah semangat patriotisme

pm simbolik

Sungai Petani: Datuk Seri Najib Razak mahu setiap rakyat Malaysia bangkit menterjemah semangat patriotisme dan rasa cintakan negara dalam diri masing-masing dalam bentuk tindakan serta amalan.

Perdana Menteri berkata, sikap sedemikian termasuk perasaan jati diri yang menebal dalam diri setiap individu bergelar rakyat Malaysia terbukti berkesan sebagai asas kukuh pembentukan negara, termasuk membantu mempertahankan kedaulatan serta kemerdekaan dikecapi sejak lebih 50 tahun yang lalu.

“Kita sudah saksikan perjalanan sejarah negara sejak merdeka sehingga sekarang dan sepanjang tempoh itu bermacam-macam pencapaian serta kejayaan sudah kita kecapi sehingga Malaysia kini semakin menghampiri ambang status negara maju.

Perubahan besar negara

“Tanpa jati diri kukuh dan semangat cintakan negara yang menebal, mustahil apa yang kita kecapi ini dapat dipertahankan.

“Malah, jika perasaan dan sikap ini terus diperkukuh dalam diri setiap rakyat, tidak mustahil semakin banyak perubahan besar kepada negara dapat dijana yang kemudian pastinya membawa rahmat kepada semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2013 di Dataran Zero, di sini, sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri turut menggesa setiap rakyat Malaysia mengambil iktibar insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu yang membuktikan keamanan dan kedaulatan negara sememangnya menuntut pengorbanan besar, termasuk nyawa.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");