Jenayah

Rampas bom di rumah, parang di kelab malam

polis tahan penjenayah

Georgetown: Polis menahan 22 individu dalam dua serbuan berasingan Ops Cantas di sebuah flet di Machang Bubuk, dekat Bukit Mertajam dan sebuah pusat hiburan berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan di sebuah flet di Machang Bubuk, kira-kira jam 1.30 pagi, enam individu termasuk dua wanita berusia 21 hingga 48 tahun yang semuanya mempunyai rekod jenayah ditahan.

Serbuan itu yang turut disertai Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM), susulan penemuan sebutir bom, dipercayai buatan sendiri dan 20 kelongsong peluru serta sebilah pedang samurai yang disimpan di flet berkenaan.

Positif dadah

Sumber berkata, polis tidak menolak kemungkinan pelbagai senjata berbahaya berkenaan termasuk bahan letupan, peluru dan juga pedang berkenaan digunakan untuk melakukan jenayah.

Katanya, ujian air kencing juga mendapati semua suspek positif dadah jenis syabu dan mereka kini direman bagi membantu siasatan.

“Serbuan ini dilakukan hasil daripada intipan dan juga risikan yang dilakukan polis bagi membendung gejala jenayah di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Sekyen 8A Akta Senjata Api dan Seksyen 7 (1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya.

Ada rekod jenayah

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan Op Cantas di sebuah pusat hiburan berhampiran KOMTAR di sini, polis menemui dua parang panjang yang disorok dalam premis terbabit.

Operasi bermula kira-kira jam 12 tengah malam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi itu ditumpukan di kawasan rumah dan juga pusat hiburan.

Seramai 16 individu yang dikehendaki polis ditahan dan semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan pemerasan dan juga samun.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan semua suspek serta rampasan bahan letupan dan senjata dalam Op Cantas terbabit.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");