Sukan Hari Ini

Rashid: Jangan putus asa Chong Wei

    Chong Wei diusung keluar setelah mengalami kecederaan pada peringkat akhir kejohanan Badminton Dunia dan turut dibantu sahabatnya, Lin Dan (tiga, kanan) dan jurulatih, Seu Bock (baju kuning).
Chong Wei diusung keluar setelah mengalami kecederaan pada peringkat akhir kejohanan Badminton Dunia dan turut dibantu sahabatnya, Lin Dan (tiga, kanan) dan jurulatih, Seu Bock (baju kuning).

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei diharap tidak menjadikan episod duka di Guangzhou, China sebagai peluntur semangat untuk terus meraih kejayaan.

“Saya tak mahu dia (Chong Wei) berputus asa. Chong Wei sudah beri aksi terbaik dan kami terima hakikat kekalahan ini. Peluang masih terbuka buatnya tahun depan,” kata Ketua Jurulatih Perseorangan Negara, Rashid Sidek.

Sementara itu, Jurulatih Perseorangan Negara, Tey Seu Bock berkata, Chong Wei tidak mengalami kecederaan serius.

“Beliau mengalami sesak nafas dan kekejangan otot pada kedua-dua pahanya. Namun tidak serius,” katanya.

Mengulas tentang insiden yang berlaku, Seu Bock berkata, permainan pemain nombor satu dunia itu seakan tidak menjadi sebaik penghawa dingin di Gimnasium Tianhe tiba-tiba ditutup ketika permainan set kedua dimulakan.

“Kalah tetap kalah, kami boleh terima kekalahan tetapi yang menimbulkan pertikaian saya mengapa pendingin hawa tiba-tiba dipadamkan di set kedua. Keadaan menjadi terlalu panas, hampir tiada oksigen dan pemain tidak boleh bernafas. Ini menyebabkan Chong Wei mengalami penghidratan,” katanya.

Seu Bock bagaimanapun tidak menolak keletihan antara penyumbang kekalahan.

“Chong Wei terpaksa mengharungi aksi sehingga set ketiga dalam tempoh 24 jam (final dan separuh akhir) dan ini amat memenatkan.

“Sebelum turun gelanggang, Lin Dan sudah memiliki kelebihan fizikal, kelmarin Chong Wei diberi waktu permainan amat lewat dan perlawanannya (mengalahkan Du Penyu, tiga set) berakhir pada jam 11 malam.

“Lin Dan sebaliknya berehat enam jam lebih awal daripada Chong Wei kerana bermain petang. Semua ini, beri kesan, ditambah keadaan stadium yang amat tidak sihat bagi pemain,” katanya.

Chong Wei dikejarkan ke hospital tempatan sejurus selepas itu, namun dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Dalam perkembangan lain, Seu Bock amat berpuas hati dengan prestasi dua lagi perseorangan negara, Chong Wei Feng dan Daren Liew.

“Masing-masing beri tentangan sengit ketika di pusingan ketiga kejohanan, iaitu sewaktu Daren bertemu Chen Long dan Wei Feng bertemu Lin Dan. Walaupun tewas mereka sudah beri aksi terbaik,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");