Berita Hari Ini

Sabah kaji kesesuaian monorel di KK

Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah sedang membuat kajian terperinci bagi menambah baik sistem pengangkutan awam negeri, termasuk kesesuaian pengangkutan monorel yang dicadangkan bagi kawasan pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri sedar tentang keperluan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di negeri ini terutama dalam jangka panjang.

“Kita akan ambil perhatian yang sewajarnya termasuk pengangkutan monorel. Kita memanjangkan permohonan ini (kepada kerajaan pusat) awal-awal lagi kerana kita sedar di bandar raya Kota Kinabalu, jalan raya atau lalu lintas begitu sesak, jadi kita fikir mesti ada kaedah-kaedah baru yang sesuai untuk kita wujudkan di bandar raya Kota Kinabalu,” katanya.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Pertama (2013) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, dekat sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk membina lebih banyak jejambat bagi tujuan yang sama.

“Kita sudah minta peruntukan daripada kerajaan pusat dan mungkin tidak lama lagi kita akan umumkan pertambahan satu atau dua lagi flyover (jejambat) supaya boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar raya Kota Kinabalu,” katanya.

Mengenai gesaan agar kerajaan membina lebih banyak rumah kos rendah di kawasan bandar raya Kota Kinabalu, Musa berkata kerajaan sedang berusaha untuk menyediakan kemudahan perumahan jenis itu menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad termasuk yang dibina dibawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");