Membawang Hari Ini

Salina Saibi Tidak Terkilan Hanya Diberi Watak Antagonis

salina

PETALING JAYA: Pelakon Salina Saibi mengakui tidak pernah terkilan hanya ditawarkan watak-watak antagonis seperti yang sering dilakonkan dalam drama dan filem.

Salina, 31, berkata, dia percaya setiap tawaran watak yang diterima merupakan satu kepercayaan daripada pengarah terhadap bakat lakonannya.

“Saya tidak kisah atau berkecil hati hanya diberikan kerana saya tahu pengarah lebih mengetahui apa yang mereka mahukan.

“Mungkin kerana raut wajah saya agak garang membuatkan saya sering diberi watak-watak yang antagonis atau watak-watak tegas dan aksi,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Tambah Salina, selama lebih 10 tahun berada dalam industri dia tidak terlalu cerewet dalam pemilihan watak.

“Saya menjadikan lakonan sebagai punca rezeki jadi saya tidak pernah memilih watak.

“Bagaimanapun watak antagonis yang saya terima bukan antagonis yang sama tetapi berbeza-beza.

“Baru-baru ini juga ada beberapa tawaran berlakon watak komedi, Alhamdulillah walaupun saya tidak pandai melawak namun boleh juga melakonkannya, ia sungguh seronok,” katanya.

Dalam pada itu, Salina berkata, dia berhasrat untuk mengambil lesen motor berkuasa besar.

“Saya suka bawa motor, saya boleh bawa motor kuasa besar kepunyaan suami tetapi setakat ronda-ronda di kawasan dekat-dekat sahajalah sebab belum ada lesen lagi.

“Insyaallah, saya akan ambil lesen dalam masa terdekat ini,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");