Berita Hari Ini

SPNB: 1,085 RMR1M dapat siap di Perak

rumah mesra rakyatSyarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yakin dapat menyiapkan kesemua 1,085 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) yang disasarkan di seluruh negeri Perak tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata daripada jumlah itu, sebanyak 484 unit rumah sedang dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini.

“Kerja pembinaan baki 601 unit lagi akan dimulakan pada suku keempat tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Kamarul berkata, RMR1M telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan permintaan yang semakin meningkat di seluruh negara.

“Ini adalah kerana keprihatinan kerajaan dengan memberi subsidi sebanyak RM20,000 daripada harga rumah bernilai RM65,000 itu.

“Rumah setingkat yang mempunyai kemudahan lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi itu hanya berharga RM65,000 seunit,” katanya.

Beliau berkata, sejak program itu dilancarkan pada 2002, SPNB menerima sebanyak 6,453 permohonan dari seluruh Perak dan daripada jumlah itu, sebanyak 3,136 permohonan telah diluluskan.

“Bagaimanapun disebabkan kekangan kewangan dan masalah pelantikan kontraktor SPNB terpaksa merancang pembinaan rumah-rumah ini mengikut fasa,” katanya.

Beliau berkata SPNB telah menyiap dan menyerahkan kesemua 2,467 unit rumah kepada pemohon yang berjaya menerusi skim itu di negeri ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");