Membawang Hari Ini

Suami Khloe hilangkan diri

lamarKemelut rumah tangga yang sedang melanda Khloe Kardashian bersama suaminya, Lamar Odom nampaknya semakin rumit.

Apatah lagi, baru-baru ini muncul perkhabaran baharu yang mendakwa adik kepada Kim Kardashian itu telah mengusir suami daripada rumahnya.

Menurut laporan Daily Mail, suaminya yang juga atlet bola keranjang telah diusir daripada rumah pada hari Rabu yang lalu ekoran pertengkaran.

“Selepas beberapa hari dia (Odom) menghilangkan diri, ada rakan-rakan yang cuba menghubunginya untuk mendapatkan kepastian tentang berita tersebut. Namun, dia gagal dihubungi,” kata sumber yang juga rakan kepada Odom.

Pada mulanya, tiada siapa yang mengetahui tentang berita kehilangan itu. Namun, segalanya terungkai apabila Kardashian sendiri meluahkan perasaan marahnya di akaun laman twitter miliknya.

Antara petikan ayat di Twitter itu berbunyi seperti Kardashian sudah rimas dengan kata-kata orang luar yang berbicara tentang perihal suaminya dan rumah tangganya.

Kemarahan Kardashian ini memang berasas sebenarnya apatah lagi baru-baru ini Odom dikatakan baru sahaja bergaduh dengan dua orang wanita.

Ini menambahkan lagi kerumitan rumah tangga pasangan ini. Namun, sehingga kini, berita kemana hilangnya Odom belum lagi dapat diketahui.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");