Perak Hari Ini

Tempat Letak Kereta Untuk Pengunjung UTC Perak Ditambah

PERAKTODAY9

Cadangan mewujudkan kira-kira 300 tempat letak kereta bertingkat berdekatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, dekat Ipoh dijangka mampu mengatasi kesesakan lalu-lintas serta memberi keselesaan kepada para pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) berkata, untuk mengelak kesesakan lalu lintas, pengunjung perlu bijak memilih masa untuk berurusan di UTC.

Pengunjung katanya, disyorkan mengunjungi pusat itu di luar waktu puncak.

“Pada masa ini, tempat letak kereta bawah tanah boleh menempatkan 350 buah kenderaan dan di sekitar UTC pula, kira-kira 400 tempat letak kereta disediakan,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN-Hulu Kinta) pada hari keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13 di Ipoh, hari ini.

Menurut Saarani lagi, kehadiran pengunjung di UTC Perak sangat menggalakkan.

Jelasnya, setakat ini, jumlah kehadiran pengunjung yang direkokan adalah 1.75 juta orang bagi tempoh Januari hingga Julai lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");