Jenayah

Terkejut dengar letupan

rentunng

KUALA LUMPUR – “Saya bersama seorang pesakit bergegas menyelamatkan diri apabila menyedari berlaku kebakaran setelah mendengar letupan dari bilik berhampiran sejurus selesai membuat pemeriksaan imbasan x-ray.”

Demikian menurut kakitangan sebuah klinik pergigian swasta di Taman Sri Rampai di sini, menceritakan detik cemas kejadian kebakaran bilik di tingkat tiga premis berkenaan, malam kelmarin.

V Indra, 54, berkata, dia bersama seorang pesakit naik ke tingkat tiga melakukan ujian imbasan dan pada masa sama, ada empat lagi pesakit di klinik di tingkat dua.

“Mula-mula saya ingat api sembahyang tapi rupanya ada kebakaran.

“Saya terus maklumkan kepada doktor dan pesakit di tingkat bawah sebelum semua berlari keluar dan saya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu membabitkan sebuah bilik dan dapur berkeluasan 750 meter persegi yang dihuni kakitangan klinik berkenaan, namun ditinggalkan sementara kerana cuti bersalin.

Ketua Operasi, Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Hafni Tamin berkata, bomba menerima panggilan kira-kira jam 8.17 malam sebelum tiga jentera dengan kekuatan 30 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran dipercayai bermula dari bilik belakang sebelum merebak ke bahagian dapur.

“Api dapat dikawal 30 minit kemudian namun bahagian bilik terbakar 100 peratus dan api padam sepenuhnya pada jam 9.03 malam.

“Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");