Jenayah

Teruja lihat rebung gergasi

rebung

Tahar (kiri) dan Salim duduk di sebelah rebung yang dianggap pelik oleh penduduk Kampung Telari, Manir, Kuala Terengganu:-

KUALA TERENGGANU – Raya tahun ini sememangnya meriah di Kampung Telari, Manir, selepas penemuan rebung setinggi hampir tiga kaki (0.91 meter) seberat 15 kilogram, yang dijumpai Tahar Mat Zin, 52.

Tahar membawa pulang rebung tersebut, yang diambil dari hutan Cameron Highlands, Pahang, lokasinya bekerja berkata, hari raya kedua mereka sekeluarga amat meriah dengan kehadiran orang ramai dan sanak saudara.

“Saya sering lihat rebung seperti ini di dalam hutan tempat saya bekerja tetapi Ahad lalu (sebelum raya) terfikir untuk membawa balik supaya keluarga dapat merasai rebung tersebut selepas ia dimasak.

“Tidak sangka pula, orang kampung di sini sangat teruja dan ada yang pertama kali melihatnya tetapi saya sendiri tidak pasti, sama ada rebung seperti ini tidak terdapat di sini (Terengganu) atau sudah pupus,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengunjungi rumahnya di Kampung Telari, Manir, di sini.

Tahar berkata, sejak dia bekerja di dalam hutan mencari kayu balak ketika berumur 15 tahun lagi, dia tidak pernah melihat rebung sebesar itu di mana-mana negeri.

“Di hutan Terengganu pun saya tidak pernah lihat rebung yang tinggi dan besar seperti ini, tetapi tidak sangka pula akan dapat melihatnya di hutan Pahang,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Salim Abdullah, 48, berkata, dia begitu teruja melihat rebung pelik tersebut dan tidak sabar untuk menikmatinya.

“Pada mulanya apabila diberitahu Tahar sendiri, saya tidak percaya sehinggalah saya datang ke rumahnya dan melihat sendiri rebung ini. Memang terkejut dan sepanjang hidup saya, ini kali pertama saya melihatnya.

“Saya rasa penduduk di kampung ini juga tidak pernah lihat rebung sebesar dan seberat ini, sehinggakan rumah Tahar dipenuhi orang kampung yang tidak mahu melepaskan peluang melihat rebung tersebut,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");