Berita Hari Ini

Trafik semua lebuh raya utama lancar

PLUS

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dari utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) ke arah ibu negara dilaporkan bergerak lancar dan terkawal setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway Berhad berkata bagaimanapun bilangan kenderaan di beberapa lebuh raya utama dijangka akan meningkat pada petang nanti berikutan orang ramai pulang ke ibu kota kerana cuti sekolah berakhir hari ini.

“Tiada kesesakan di semua lebuh raya setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pagi ini.

Jurucakap itu turut memberitahu keadaan trafik di sepanjang Jambatan Pulau Pinang lancar dan terkawal.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di lebuh raya utama lain juga bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");