Jenayah

Tukang masak dicekup polis

tukang masak

SERI KEMBANGAN – Tindakan segera seorang jiran yang menghubungi pihak polis apabila menyedari rumah berhampirannya dipecah masuk berjaya memberkas penjenayah itu,di Taman Kembang Sari petang Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, jiran mangsa yang curiga apabila melihat tingkap belakang rumah jirannya terbuka segera  memaklumkan perkara itu kepada Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) polis.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, bertindak atas maklumat anggota segera bergegas ke lokasi.

Sebaik tiba, seorang lelaki dikatakan sedang keluar dari tingkap belakang rumah dalam keadaan mencurigakan.

Suspek berusia 31 tahun dan bekerja sebagai tukang masak itu bertindak agresif dan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan,

Kata Thaiveegan, susulan penahanan suspek, yang mempunyai empat rekod jenayah lampau itu polis berjaya menahan empat lagi rakannya yang turut aktif melakukan jenayah sama sekitar kawasan Seri Kembangan.

Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun juga bertindak agresif ketika diberkas.

“Keempat-empat suspek itu ditahan ketika menaiki dua motosikal berasingan berdekatan lokasi suspek pertama ditahan. Dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau termasuk ada yang dikehendaki bersabit kes dadah.

Hasil tangkapan, polis menemui beberapa barangan dipercayai hasil jenayah pecah rumah dilakukan termasuk sebuah skrin monitor komputer.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman sehingga hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");