Berita Hari Ini

Ubah perspektif masyarakat

RELA

JEMPOL – Perspektif segelintir masyarakat mengenai Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) hanya untuk golongan berumur perlu diubah.

Pemangku Rela daerah Jempol, Mejar (Rela) Yosdi Ahmad berkata, Rela bukan sekadar bertugas pada majlis kenduri kahwin dan keraian lain tetapi memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan orang ramai dan harta benda awam.

“ Kita turut bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tugas rondaan setiap masa. Tugas yang disandang kita (Rela) bukan mudah, dan perlu dipikul sebaik mungkin.

“Anggota Rela juga perlu menjaga nama baik pasukan , justeru itu tindakan tegas bakal dikenakan sekiranya terdapat anggota yang menyalahgunakan kuasa masing-masing mengikut peraturan sedia ada,” katanya.

Yosdi berkata, setakat ini terdapat seramai 26,000 anggota Rela daerah Jempol yang berdaftar dengan 16,115 adalah golongan belia dan 246 adalah anggota berusia 18 tahun.

Manakala ketika ditanya mengenai pembaharuan yang bakal dibawanya setelah diberi tanggungjawab sebagai Pemangku Pegawai Rela daerah Jempol selepas pegawai sebelum ini Leftenan Kolonel (Rela) Baharin Lasim bersara, Yosdi berkata, beliau mahu menaikkan nama Rela daerah Jempol.

“Saya mahu pasukan ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pasukan Rela daerah lain, dan faktor usia saya yang muda bukanlah penghalang untuk mencapai misi ini.

“Kini tanggungjawab saya berbeza daripada sebelumnya, ia lebih bersifat menyeluruh dan saya akui bukan mudah untuk uruskan satu pasukan yang besar jumlahnya, saya akan cuba yang terbaik,” kata pemegang Diploma Kejuruteraan Perkapalan dari Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak ini.

Beliau memilih menyertai Rela kerana minat yang tinggi dalam pasukan beruniform dan suka mendekati masyarakat.

“Cukuplah dua adik saya menyertai PDRM. Menyertai Rela ada kelainan dan dalam keluarga ada pelbagai corak dan warna uniform,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");