Jenayah

UPP rampas mercun di kuarters kosong

jenayah

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas 40 unit mercun bernilai RM16,000 yang disimpan di sebuah kuarters guru di sini malam tadi.

Komander UPP Bukit Kayu Hitam, ASP Shahidan Ladin berkata pemeriksaan di kuarters kosong pada pukul 9 malam itu dibuat hasil maklumat awam.

“Hasil pemeriksaan, kami menemui 40 unit mercun jenis Sunshine Firework dianggar bernilai RM400 setiap satu. Mercun itu dipercayai baru sahaja dibawa masuk dari Thailand menerusi lorong tikus,” katanya kepada pemberita di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Shahidan berkata pihaknya percaya mercun itu untuk pasaran di negeri ini dan negeri jiran sempena perayaan Aidilfitri dan bulan kemerdekaan tidak lama lagi.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");