Berita Hari Ini

Wanita terus diberi peluang

najib tun razak

Kuala Lumpur: Kerajaan akan terus memberi peluang kepada wanita untuk menjawat jawatan penting bagi mempertingkatkan kedudukan mereka dalam proses pembangunan dan transformasi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata wanita bukan saja penting untuk pembinaan negara, malah transformasi tidak mungkin berjaya tanpa peranan golongan hawa.

Mereka berupaya untuk menjalankan tugas dan menggalas amanah yang diberikan dengan baik, sama ada dalam kerajaan mahupun keluarga.

Pusat jagaan kanak-kanak

Sehubungan itu, katanya, setiap kementerian, jabatan, agensi dan jabatan yang belum menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak perlu menubuhkannya secepat mungkin untuk keperluan wanita yang menjalankan pelbagai tugasan atau ‘multi-tasking’ kerana kerajaan sudah memberi inisiatif kepada pihak menubuhkan pusat itu.

Beliau berkata, menerusi pelbagai langkah yang diperkenal dan dilaksanakan kerajaan, wanita hendaklah percaya kedudukan mereka di negara ini sentiasa mendapat perhatian kerajaan.

“Kerajaan tiada masalah terus memberi peluang kepada wanita kerana apabila kita beri jawatan penting dalam kerajaan dan pentadbiran, umumnya wanita berjaya membuktikan kemampuan mereka,” katanya ketika melancarkan sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2013, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Lelaki perlu memahami

Najib berkata, sejajar tema sambutan Hari Wanita tahun ini, iaitu Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera, wanita perlu dihormati dan dilayani dengan baik walau di mana berada sama ada di rumah, pejabat mahupun dalam lif.

Katanya, kerajaan dan pimpinan negara menghargai sumbangan wanita dalam membangun negara pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Beliau berkata, selain hormat terhadap wanita, perlu ada sikap saling memahami, iaitu lelaki perlu memahami kehendak wanita dan sebaliknya untuk memastikan sesebuah masyarakat atau keluarga kekal sejahtera.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");