Sukan Hari Ini

Wenger enggan ambil risiko

Rosicky (kiri) menjadi sandaran Arsenal pada pertemuan playoff Liga Juara-Juara menentang Fenerbahce, awal pagi esok.
Rosicky (kiri) menjadi sandaran Arsenal pada pertemuan playoff Liga Juara-Juara menentang Fenerbahce, awal pagi esok.

FENERBAHCE bakal berdepan hukuman gantung dua musim bagi sebarang aksi di Liga Juara-Juara selepas didapati terlibat mengatur perlawanan dalam liga domestik.

Namun keputusan mengenainya hanya akan diketahui sama ada hari ini atau esok.

Pengendali Arsenal, Arsene Wenger bagaimanapun enggan memperjudikan nasib pasukan mereka dengan mengambil jalan mudah pada pertembungan playoff Liga Juara-Juara kedua pasukan, awal pagi esok.

“Apa juga yang berlaku, kami tidak boleh ambil jalan mudah, sebaliknya fokus untuk menang,” katanya.

The Gunners , bagaimanapun berdepan tugas getir selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Aston Villa pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus memberi tamparan hebat buat pengendalinya.

Lebih perit, Alex Oxlade-Chamberlain terpaksa direhatkan selama enam bulan ekoran kecederaan serius pada lutut dengan Mikel Arteta, Abou Diaby, Nacho Monreal dan Thomas Vermaelen juga sekadar menghiasi bangku simpanan.

Bahkan penyertaan pertahanan Bacary Sagna yang mengalami kecederaan ketika menentang Aston Villa juga bergantung kepada keputusan ujian kecergasan yang akan dibuat di pusat latihan Arsenal di London Colney, hari ini.

Namun, sedikit kelegaan apabila Arsenal masih boleh bergantung kepada Kieran Gibbs, Tomas Rosicky dan Aaron Ramsey.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");