Sukan Hari Ini

Ziyad idam pecah rekod dunia

Ziyad menunjukkan pingat emas dimenangi pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis, 22 Julai lalu.
Ziyad menunjukkan pingat emas dimenangi pada Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis, 22 Julai lalu.

ATLET elit paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli berazam untuk memecahkan rekod dunia acara lontar peluru kategori F20 lelaki di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, tahun hadapan.

Sasaran itu diletakkan Muhammad Ziyad selepas unggul dalam acara tersebut dengan meraih pingat emas di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis, 22 Julai lalu.

“Saya perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi menambah koleksi pingat di setiap kejohanan yang akan saya sertai.

“Lebih penting, saya akan berusaha memecahkan rekod dunia dalam acara ini,” katanya dalam majlis meraikan pencapaiannya di Stadium Bukit Jalil, semalam.

Ziyad yang pertama kali beraksi di kejohanan dunia itu, melakukan lontaran sejauh 15.32 meter untuk pingat emas dan menewaskan Jeffery Ige dari Sweden dan Todd Hodgetts dari Australia.

Kejayaan itu sekali gus memperbaiki rekod kebangsaan dan catatan terbaik peribadi miliknya iaitu 15.21 meter. Ige dan Hodgetts (pemenang pingat perak dan emas Sukan Paralimpik London) masing-masing melakukan lontaran sejauh 15.28 meter dan 15.17 meter.

Dalam majlis meraikan pencapaian itu, Ziyad menerima sumbangan wang penghargaan RM5,000 yang diberikan oleh Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM).

Ziyad selepas ini akan turun beraksi di Sukan Para Asean Myanmar yang dijadualkan berlangsung Januari tahun hadapan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");