Membawang Hari Ini

Scarlett kini sudah dimiliki

scarlett

Walaupun ‘pahit’ hadapilah kenyataan bahawa Scarlett Johansson kini sudah berpunya.

Menurut majalah People aktres jelita itu sudah bertunang selepas menerima lamaran teman lelakinya, Romain Dauriac pada Ogos lalu.

Seorang ejen mengesahkan pertunangan itu beberapa hari lalu.

“Tetapi belum ada tarikh ditetapkan untuk mereka berkahwin,” katanya.

Mempromosikan filem terbarunya di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-70, Under The Skin, kehadiran Scarlett memang tidak dapat diabaikan sesiapa.

Dia kelihatan tersenyum lebar ketika berjalan di permaidani merah bersama gaun hitam yang mendedahkan sebahagian daripada dadanya.

Terdahulu dia menghadiri sesi fotografi dengan memakai baju rekaan pereka Perancis, Sonia Rykiel, dan seluar hitam.

Dia juga berbangga mempamerkan cincin yang dihadiahkan tunangnya.

Ia memaparkan tiga berlian besar sebagai hiasan utama dan dikelilingi banyak batu permata yang lebih kecil.

Selepas berita pertunangan itu tersebar Scarlett dan Dauriac cuba mengelak tumpuan media dengan meninggalkan Venice secara berselindung selepas selesai menghadiri festival filem berkenaan.

Scarlett menyembunyikan cincin berkenaan dengan memusingkannya ke dalam
genggaman tangan menyebab–kan hanya gelung platinum yang kelihatan.

Bintang filem The Avengers itu mengenakan seluar hitam, kemeja T kelabu dan bertopi.

Dauriac juga tidak kurang malunya apabila menyembu–nyikan wajah di sebalik senaskhah buku ketika mereka berjalan bersama menuju sebuah bot.

Wartawan dan pengurus agensi kreatif itu kelihatan segak berseluar hitam lusuh, kemeja T putih dan berjaket hijau.

Pasangan Scarlett – Dauriac mula berpacaran pada November 2012 selepas diperkenalkan seorang rakan.

Ia berlaku hanya beberapa minggu selepas Scarlett berpisah dengan teman lelakinya Nate Taylor selepas hanya setahun bercinta.

Khabar bertiup menyatakan mereka merancang berkahwin selepas Scarlett dilihat menyarungkan cincin berlian besar ketika bersiar-siar di New York bersama Dauriac pada Februari lalu.

Lima bulan kemudian Scarlett dilihat memakai sebentuk cincin lagi walaupun temannya menafikan berita dia sudah bertunang.

Menurut sumber ketika itu, cincin berkenaan “sekadar perhiasan biasa.”

Tahun lalu Scarlett mengaku dia teringin berkahwin tetapi tidak berminat mengikat pertunangan sekali lagi untuk sementara.

“Saya pernah berkahwin ketika muda dan ia sangat romantik.

“Sesungguhnya saya suka berkahwin sekali lagi,” katanya.

Namun, kata Scarlett, perasaan itu sukar dijelaskan dengan kata-kata.

“Bagi saya menjalin hubungan yang berkesan tidak bermakna anda perlu kahwin.

“Adakah aneh jika saya tidak pernah memikirkan mengenai perkahwinan?” katanya.

Scarlett pernah berkahwin dengan seorang aktor kelahiran Kanada, Ryan Reynolds pada 2008 sebelum bercerai secara rasmi pada 1 Julai 2011.

Reynolds yang pernah muncul sebagai hero filem The Green Lantern kemudian berkahwin pula dengan bintang siri Gossip Girl, Blake Lively pada 9 September 2012.

-myMetro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");