Sukan Hari Ini

Chong Wei raih gelaran kelima

Lee chong wei

Kuala Lumpur: Lee Chong Wei tampil gah merakamkan kemenangan kelima dalam jelajah Siri Super, tahun ini selepas muncul juara Terbuka Jepun menewaskan prospek tuan rumah, Kenichi Tago pada final, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu bagaimanapun dicabar hebat lawan, khasnya dalam set pertama sebelum menang straight set 23-21, 21-17 dalam tempoh masa 55 minit untuk merangkul kemenangan keempat Terbuka Jepun selepas kali pertama menjuarainya pada 2007.

“Tago bermain amat baik di depan penyokong sendiri namun saya sudah mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk menewaskannya dan mencipta rekod baru di Terbuka Jepun,” kata Chong Wei yang merekod kemenangan ke-14 dalam semua pertemuan menentang Tago sejak 2009.

Chong Wei yang turun ke gelanggang tanpa kelibat jurulatihnya, Rashid Sidek yang meletakkan jawatan minggu lalu mengakui berita mengejut itu merencat prestasinya.

Masih sedih
“Benar berita peletakan jawatan Rashid memberi impak yang negatif kepada prestasi saya secara mental. Ia memberi saya tekanan,” kata Chong Wei.

“Dia (Rashid) adalah rakan yang jurulatih yang saya bekerja bersama sejak 10 tahun lalu. Kerana itu, saya merasa sedih yang dia akan meninggalkan kami,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Rashid tidak menemani Chong Wei di Tokyo selepas mengumumkan melepaskan jawatannya, Khamis lalu gara-gara tidak berpuas hati dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengubah sistem baru kejurulatihan kem negara.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");